NOTES

AVAILABLE : boleh terima tempahan , FULLBOOK : tempahan penuh , LIMITED : hanya terima dlm kuantiti kecil ,OFF DAY : tidak terima sebarang tempahan

Sila lihat jadual utk booking tempahan

ANNOUNCEMENT !!!

1) TEMPAHAN UNTUK APAM POLKADOT DIBUKA PADA BILA2 MASA MULAI HARI NI (17/10/2013)

2) TEMPAHAN DURIAN CREPE DIBUKA MULAI 22/10/2013 MANAKALA PAVLOVA MULAI 20/10/2013.

3) TEMPAHAN LAIN DIBUKA MULAI 21/10/2013..(CONTOH : COKLAT HANTARAN , COKLAT KEK , TARTLETS ETC..)

SEGALA PERTANYAAN , SILA HUBUNGI PN.NOOR HAYU DI TALIAN 017-6265432

Monday, September 20, 2010

tempahan door gift


tempahan kali ni dari SUB aku sendiri iaitu Dato' Zaitun.....Dato' menempah 200peket coklat plain yang mengandungi 9 biji coklat setiap 1peket.....dalam masa 3 hari aku perlu siapkan 1800pcs coklat pelbagai bentuk untuk dijadikan 'door gift' masa majlis berbuka puasa bahagian PQ....


inilah ruper coklat yang dah dipacking dan disusun didalam kotak.....kepada sesiapa yang berminat untuk tempah 'door gift' mcm ni bolehlah sms saya ke 017-6265432....sesuai juga dijadikan 'door gift' untuk majlis perkahwinan dan sebagainya......

kelas coklat pada bulan Ramadhan


satu2nya student mamachocolicious dibulan Ramadhan....cik Farrah...adik ni kerja KDN juga.....dah banyak kali nak join kelas tapi ada sahaja halangan nya untuk menghadirkan diri.....dan akhirnya dia datang juga....dia memang excited sangat nak belajar wat coklat....bakal ibu mertuanya sukakan menantu yang pandai memasak....inilah salah satu kemahiran yang cuba dipelajarinya sebagai bekalan bila dah berumah tangga kelak....


ni hasil kerja tangan adik farrah....amacam comel x? apapun jangan lupa praktis slalu....nak kawin nanti boleh buat hantaran sendiri.....tapi kalo agak2 x sempat order jer dengan mamachocolicious....insyaallah beres.....heheheh

tempahan pertunangan dari Dj Bakery


coklat box warna purple + white.....khas untuk majlis pertunangan adik kepada tokey Dj Bakery....tapi bila dalam gambar purple tu dah macam kaler birulah pulak.....thanks Nana kerana masih sudi gunakan khidmat mamachocolicious.....

tempahan coklat box


tempahan coklat box dari kawan sekolah aku masa form 5 kat TMS dulu.....Mohd Radzi ALi @ Achang....kitaorg jumpa balik dalam fb setelah dekat 10 tahun x dengar khabar berita....dia tengok gambar coklat dalam album kat FB terus dia tempah.....khas buat kekasih hati katanya....mulanya bila dia minta aku buat kaler purple dengan oren aku jadi bingung.....cantik ker gabungan kaler yang pada aku x sesuai langsung...tapi kerana mengikut kehendak customer aku turutkan sahaja....dan hasilnya begitu memberangsangkan......


dan ni gambar dalam box tu....
*kepada achang....sok kalo nak kawin leh tempah lagi 'door gift' dgn hantaran coklat kat aku....


tempahan dari Dj Bakery



1000pcs coklat tempahan dari Dj Bakery....actually Dj Bakery ni salah seorang student mamachocolicious juga kawan lama aku masa sekolah rendah....namanya Nana....Nana ni memang tokey kek....untuk pelbagaikan skill dan perniagaan sampingan dia, dia memilih untuk join kelas aku....aku jer belum mahu belajar wat kek....bukan x nak cuma x minat....hehehe....masa ni Nana dapat tempahan besar dan risau tempahan x dapat siap pada tarikh yang dijanjikan dia pun sub lah kat aku....
*thanks nana.....moga melangkah lebih maju dalam bidang ni...

kelas coklat Ogos


kelas coklat pada bulan Ogos ni bersama Aliza dari Gombak....Aliza ni excited sangat nak belajar wat coklat tapi kelas ditangguhkan seminggu kerana masalah kesihatan....bukan Aliza yang sakit, aku yang tak sihat.....tapi minggu berikutnya dapat gak aku realisasikan impian Aliza....Tengok tu si Nureen nak juga menyelit supaya gambar dia diambil....


tengok si Nureen orang nak snap gambar coklat....nak jugak dia 'enterframe' kat situ.....hasil kerja Aliza boleh tahan dan agak kreatif ketika mewarna.....padahal baru pertama kali bermain dengan coklat....


Aliza yang manis pose bersama hasil coklatnya.....beberapa hari selepas kelas Aliza ada call yang dia banyak mendapat tempahan coklat dari saudara mara dan rakan-rakan....tempahan raya pun x menang tangan....
kepada Aliza syabas diucapkan....
*kalo untuk kawin nanti x larat buat boleh tempah jer dengan akak nanti....hehehe